Prosedur Melakukan Kajian di Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Semasa Fira melakukan projek tahun akhir, mestilah kena lakukan data gathering betul tak? Fira pun berfikir why not buat kajian di sekolah. Pada awalnya, fikir macam betapa rumitnya nak ikut semua prosedur tetapi sebenarnya dah tak rumit lagi sejak eRas diwujudkan!

Apa itu eRas 2.0?




Melalui https://eras.moe.gov.my/ inilah kita boleh membuat permohonan untuk melakukan kajian di institusi under Kementerian Pelajaran Malaysia seperti kolej matrikulasi, sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan.

Apa syarat-syarat untuk permohonan melakukan kajian?

  • Penyelidikan tidak melibatkan murid kelas peperiksaan.
  • Penyelidikan hendaklah tidak mengandungi unsur sensitif seperti mempersoalkan dasar pendidikan / isi perkauman / menyentuh sensitiviti agama / seks keterlaluan / mengaibkan individu atau kumpulan.
  • Instrumen hendaklah dalam bahasa yang digunakan semasa melaksanakan kajian (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). Sekiranya menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, perlu DITERJEMAHKAN ke dalam Bahasa Melayu.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat - syarat permohonan akan DITOLAK.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia berhak MENOLAK sebarang permohonan untuk menjalankan penyelidikan atau membatalkan kebenaran yang telah diberikan tanpa sebarang notis.
  • Satu naskhah laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah diserahkan kepada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia selepas penyelidikan selesai dijalankan.

Dokumen yang diperlukan semasa melakukan permohonan melakukan kajian?

  • Surat perakuan status sama ada kita ini adalah penyelidik daripada agensi/institusi tertentu.
  • Surat pengesahan daripada supervisor kita. Jangan risau kerana surat itu hanya boleh dicetak melalui sistem dan our supervisor perlu sign dan cop je.
  • Kertas cadangan mengenai projek kita supaya pihak Kementerian lebih memahami tujuan kita untuk melakukan kajian.
  • Instrumen kajian seperti borang kaji selidik dan sebagainya.

Selepas permohonan kita telah diluluskan oleh pihak Kementerian, kita harus bawa surat itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Untuk kes Fira, Fira ingin melakukan kajian di sekolah kawasan Putrajaya, Fira harus refer pada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang terletak di Komplek E. Selepas kita dapat kelulusan daripada jabatan tersebut, kita harus berjumpa dengan Guru Besar/Pengetua sekolah yang kita mahu lakukan kajian itu. Pastikan kita ikut semua prosedur dengan baik supaya tiada masalah sepanjang melakukan kajian.
Share:

Final Year Project in UNIMY

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Alhamdulillah kerana saya telah retired daripada menjadi salah seorang insan dalam Majlis Perwakilan Pelajar UNIMY dan sekarang ini, saya sedang melalui projek tahun akhir di UNIMY. Wow, mencabar dengarnya betul tak? Okay. Tajuk untuk projek tahun akhir ini adalah Elisya : Make Me Speak di mana ia adalah satu aplikasi mudah alih yang membantu kanak-kanak yang mengalami palsi serebrum untuk berkomunikasi dengan orang disekililingnya. Menarik bukan.

Mesti terlintas di fikiran, apa itu palsi serebrum?

Palsi Serebrum adalah dimana terjadinya gangguan di dalam otak dan memyebabkan masalah motor seperti tidak mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi, berjalan dengan baik dan melihat dengan baik. Hal ini boleh terjadi semasa kanak-kanak itu dilahirkan atau pada peringkat 2-4 tahun (mungkin disebabkan oleh demam panas yang melampau).

Apa tujuannya untuk membina aplikasi ini?
Kita semua tahu bahawa terdapat begitu banyak aplikasi yang dapat membantu kanak-kanak untuk berkomunikasi tetapi kekurangan dimana kebanyakkan aplikasi adalah dalam bahasa Inggeris dan faktor ini menjadi masalah pada masyarakat Malaysia kerana majoriti daripada masyarakat kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa percakapan di rumah.  Aplikasi ini akan dibina dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan ini akan menggalakan masyarakat sama ada masyarakat bandar ataupun masyarakat luar bandar untuk menggunakan aplikasi mudah alih ini.
Dan yang paling seronoknya, projek ini dapat tarik perhatian media juga tau!


 

Seronok bukan? Setakat ini je kot saya boleh ceritakan pada hari ini =)
Share:

Media Sosial dan Penggunaannya

Well, tajuknya agak membosankan but well, I don't know how to make the title be more interesting. Just accept my idea okay (bukan paksaan so jangan marah). Tajuk ini telah dibincangkan pada NALS 2017! Yay! Pengunaan media sosial memberi kesan baik dan kurang baik. Lihat juga sejauh mana kita menggunakannya. Kita yang menghulukan penggunaannya sama ada ia membawa kesan positif ataupun negatif pada diri kita sendiri.

Ada yang menggunakan internet untuk mencari mangsa jenayah seperti rogol, culik and rompak. So berhati-hati, tak semuanya selamat dalam dunia ini. Jaga diri dulu.Tapi ada juga menggunakan platform ini untuk menyebarkan fitnah atau fahaman yang bukan-bukan : seperti ajaran sesat and fitnah (bukan politik je tau, artis and orang biasa pun terkena juga). Tetapi ada juga menggunakan media sosial ini untuk benda positif seperti berkongsi ilmu, merapatkan hubungan kekeluargaan (ye ke? maybe through Facebook and WhatsApp). Tapi bagaimana kita hendak menggunakan media sosial dengan baik? Tepuk dada tanya selera =)

Kewartawanan dan Sosial Media
Kita tak pasti sama ada artikel yang berada di dalam internet ini sama ada sah atau tidak. Maybe kita akan percaya terhadap website berita yang sah tetapi macam mana dengan artikel blog-blog yang semakin popular di media sosial seperti Facebook. Sejauh mana kebenaran artikel itu? Dan masyarakat kita ada sat sikap di mana ramai dalam kalangan kita suka menekan share and retweet sesuatu post yang belum tahu entah betul entah tidak. Kita tak rujuk pun sama ada berita itu sah atau tak, yang penting share/retweet harus banyak! Tetapi impaknya? Besar juga impaknya, jika kita sebarkan berita yang salah mengenai seseorang, maybe kita boleh dikenakan tindakan undang-undang dan orang tersebut maybe akan malu akibat fitnah itu tersebar.

Peranan share/retweet memang penting! Tetapi why this thing affect our integrity as a person? Sanggupkah kita sebarkan cerita yang salah, tiada bukti sahih semata-mata untuk popular. Dan jika kita salah, pihak dalam artikel tersebut dan kita sendiri memperolehi impak yang buruk. Marilah kita menggunakan media sosial ke arah kebaikkan, bukannya untuk membazir masa dan membuat perkara negatif.
Share:

Kenaikan Harga Minyak

Oh well, harga minyak naik lagi, rasanya hampir setiap bulan kita dihidangkan dengan berita penghapusan subsidi, kenaikan harga tol ataupun kenaikan harga minyak. Even harga makanan pun sekarang agak mahal. Tetapi bila berita ini dihidangkan, of course ada someone akan kata :
Harga minyak naik semua nak complain tapi boleh je beli IPhone 7 sampai beratur panjang!
Biasanya yang cakap ini maybe budak yang memang tak guna pun minyak, sebab dia budak sekolah maybe. Yang beratur beli Iphone uh berapa je orang? 100-1000 orang maybe. Yang mengunakan minyak atau membeli petrol tiap hari uh berapa pula belas atau puluh ribu orang. Dan dalam ribuan orang uh, tak semuanya senang. Ada yang kena kira duit syiling nak isi minyak semata-mata nak pergi hospital untuk check up. Sometime orang tweet just nak jadi tweetfamous without thinking it carefully. 

Yes, maybe kita terlampau selesa sebab kita takpernah rasa erti kepayahan uh macammana. Ada yang complain taknak pergi sekolah dengan kancil walhal ada budak umur 4 tahun bonceng dengan mak dia hantar pergi sekolah dan ada budak umur 2 tahun dalam bakul. Seandainya kalau dia terlepas tangan dia daripada memeluk mak dia atas motor uh? Maybe dia boleh hilang nyawa. Siapa tak sayang anak? Maybe itu je pilihan mak dia ada sebab kepayahan dari segi ekonomi keluarga dia. Kalau ada choice yang lebih selamat, maybe dia takkan bawa anak dia ke sekolah dengan motor.

Hidup ini tak macam drama TV3 pukul 7 dimana semua boleh jadi CEO syarikat keuntungan juta-juta. Masyarakat kita terdiri daripada beberapa jenis golongan. Jangan jadi terlalu rendah sangat IQ untuk keluarkan that statement. Kita maybe terlampau taksub dengan kahwin muda, relationship goals, and even dream that our boyfriend will buy us a lot of makeup. Tapi perlu ke? Perlu ke taksub sangat dengan benda uh semua? Kebahagiaan bukan berdasarkan kekayaan tetapi how much we spend our life with beautiful memories.

Betul, kahwin muda itu lebih baik tapi bukan untuk semua orang. Ada je orang yangmemilih untuk sambung study, ada orang cuba untuk terokai bidang perniagaan dan ada je jodoh belum sampai. Kita taktau what will happen on our future but still kena tetap yakin that our choices adalah terbaik untuk kita. Senang cerita, cara kita fikir tak mungkin sama dengan apa yang orang lain fikir. 
Share: