Review : Buku-buku Mat Luthfi

10:42 PG 0 Comments A+ a-

Okay, memang seriously teruja apabila dapat buku begini, apabila dapat tu terus bacakan. Okay, diakui Fira bukan ulat buku tapi apabila dapat buku ini langsung tak berhenti membaca. Kebiasaannya, Fira tak suka lawak macam Maharaja Lawak Mega atau Raja Lawak ( sebab tu bukan lawak mereka tersendiri ) tapi sememangnya cara penyampaian Mat Luthfi secara jenaka tapi kebanyakkan menimbulkan tanda tanya. Well, tanda tanya membuatkan kita ingin melayari lebih dalam tentang ilmu tersebut.

Mat Luthfi juga tidak ketinggalan juga share pengalaman belajar di Australia dan membuatkan Fira ingin belajar di luar negara untuk Master nanti. Master in Software Engineering. Ingat nak belajar kat Melbourne? Berangan jauh sangat, semester 1 pun belum lepas lagi. Tak pasti lagi penjalanan lagikan. Buku ini sebenarnya memiliki input yang sangat luas : apa yang Fira lihat ialah skop politik, education, agama, kaum, kemanusiaan dan architecture. Well, Mat Luthfi kan student Architecture.

Oh ya, Momen-Momen MatLuthfi akan dilancarkan di MPH pada 13 Disember 2015 tapi kedai lain sudah mula menjual buku ini secara meluas.Dapatkan buku ini adalah satu perkara yang amat menguntungkan kepada sesiapa yang ingin melihat dunia daripada pelbagai skop dan arah dan ingin keluarkan diri daripada penjara kawalan minda. Anda boleh buat apa saja asalkan tidakkan bertentangan syariat dan agama. Kenapa perlu berhenti membuat sesuatu apabila anda mahukan?

Inter-Civilisation Youth Leadership Program ( IYLP )

11:49 PG 0 Comments A+ a-

IYLP or lebih dikenali sebagai Inter-Civilisation Youth Program yang telah dianjurkan oleh International Movement by JUST World. Yes, menarik program ini terutamanya ia berkaitan kepimpinan dan of course apa yang menariknya ialah Fira dapat roommate Russian XD. So dapatlah share cerita tentang diversity of Malaysia and dapat mengetahui lebih lanjut tentang budaya dan cara hidup di Rusia. 
#saysomethingnice
Bagi seluruh credit kepada zubedy(m)sdn.bhd untuk idea yang sangat menarik. Betul, sampai bila kita hendak berfikiran negatif, tanggap negatif, berharap negatif dan semuanya negatif. Akhirnya duduklah dalam cendawan yang yang bernama cendawan negatif. Jadi apa kata kalau kita mengorak langkah untuk berfikiran ke arah positif, berkata dengan kata-kata yang positif, dan buat perkara yang positif. 

Actually #saysomethingnice is a program yang dibuat selama 17 hari dari pada hari Kemerdekaan pada 31 Ogos hingga Hari Malaysia pada 16 September bak kata perumpamaan yang lain program ini berjalan selama 17 hari dan program ini telah bermula daripada tahun 2011 dan InsyaAllah akan continue pada masa yang akan datang.
If you want to fight, don't worry about the slap.
Dalam bahasa Melayunya ialah kalau nak berlawan, jangan takut untuk kena pukul. Eh, pelik je. Takdelah, maksudnya ialah kalau ingin berjuang, jangan takut dengan cabaran yang bakal dihadapi. Betullah kan? No pain no gain. Takkan kejayaan datang bergolek macam tong. Okay, jangan jauh sangat topik ini. Yang penting disini ialah jangan menyerah kalah dalam perjuangan. Mana kita tau kejayaan tu dah dekat or still jauh, tapi percayalah, kejayaan tu wujud tapi cuma belum sampai destinasinya.

Okay kalau korang still nak rujuk tentang aktiviti ini boleh lah rujuk ke portal universiti Fira yang beralamat UniMy Portal. So kepada adik-adik yang mahu mencari pengalaman tentang kehidupan ini, bolehlah sertai event tak kiralah peringkat mana-mana pun, sekolah ke, daerah ke, kawasan perumahan atau lain-lain. Sebab ilmu ini boleh dapat di mana-mana. Cukuplah tulisan sampai disini.