Mudahnya Mengata

10:57 PTG 0 Comments A+ a-

Assalammualaikum dan hai semua, al maklumlah, kali ni sibuk dengan assignment, presentation and examnya, so kali ni ja ada masa nak menulis, hari ini tertarik pula dengan topik mengata orang atau lebih dikenali sebagai mengumpat.

Tau tak, anak cik Peah tu tak jadi tunang sebab bakal tunang dia tak suka orang gemuk

Di atas ini merupakan statement untuk memgumpat orang so apa kata kalau kita dengar sendiri apa hujahnya:
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Setiap Muslim atas Muslim yang lain haram darahnya,haram hartanya,dan haram kehormatannya."

Rasulullah S.A.W bersabda:
"Janganlah kamu sekelian dengki-mendengki,janganlah benci-membenci,janganlah menambah harga terhadap barang yang hendak dibeli oleh saudaramu,janganlah musuh-memusuhi,jangan umpat-mengumpat setengah kamu dengan setengah yang lain,dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara."

Fira pun di sini sebagai student di sekolah and IPT so Fira faham yang kita tak boleh lari daripada situasi ini dan kadang-kadang tu kita tak perasan yang kita sedang mengata atau mendedahkan aib orang. So berhati-hatilah apabila bercakap ataupun semasa bertutur.

So tips Fira untuk elakkan kita terpengaruh pada perkara sebegini ialah :
  • Tegur, tapi dengan tips Dr. Fadzilah Kamsah mengatakan jika kita ingin membuat teguran, eloklah kita memujinya dahulu sebanyak 7 kali supaya lembut hati orang tersebut untuk menerima teguran kita. So, win-win untuk kedua pihak bukan?
  • Jika kita takut untuk tegur, takut dia terasa, apa kata kalau kita berdoa saja agar dia berubah dan moga tidak mengumpat lagi pada masa yang akan datang.
  • Jangan pula kita menjadi " agen pencanang aib orang " bila kita tau cerita buruk orang tu. So behave.
Setakat ini je penulisan Fira. Fira bukannya perfect mana pun tapi apa salahnya bagi nasihat. Ta-ta dan selamat bercuti to pelajar degree.