Media Sosial dan Penggunaannya

9:00 PTG 1 Comments A+ a-

Well, tajuknya agak membosankan but well, I don't know how to make the title be more interesting. Just accept my idea okay (bukan paksaan so jangan marah). Tajuk ini telah dibincangkan pada NALS 2017! Yay! Pengunaan media sosial memberi kesan baik dan kurang baik. Lihat juga sejauh mana kita menggunakannya. Kita yang menghulukan penggunaannya sama ada ia membawa kesan positif ataupun negatif pada diri kita sendiri.

Ada yang menggunakan internet untuk mencari mangsa jenayah seperti rogol, culik and rompak. So berhati-hati, tak semuanya selamat dalam dunia ini. Jaga diri dulu.Tapi ada juga menggunakan platform ini untuk menyebarkan fitnah atau fahaman yang bukan-bukan : seperti ajaran sesat and fitnah (bukan politik je tau, artis and orang biasa pun terkena juga). Tetapi ada juga menggunakan media sosial ini untuk benda positif seperti berkongsi ilmu, merapatkan hubungan kekeluargaan (ye ke? maybe through Facebook and WhatsApp). Tapi bagaimana kita hendak menggunakan media sosial dengan baik? Tepuk dada tanya selera =)

Kewartawanan dan Sosial Media
Kita tak pasti sama ada artikel yang berada di dalam internet ini sama ada sah atau tidak. Maybe kita akan percaya terhadap website berita yang sah tetapi macam mana dengan artikel blog-blog yang semakin popular di media sosial seperti Facebook. Sejauh mana kebenaran artikel itu? Dan masyarakat kita ada sat sikap di mana ramai dalam kalangan kita suka menekan share and retweet sesuatu post yang belum tahu entah betul entah tidak. Kita tak rujuk pun sama ada berita itu sah atau tak, yang penting share/retweet harus banyak! Tetapi impaknya? Besar juga impaknya, jika kita sebarkan berita yang salah mengenai seseorang, maybe kita boleh dikenakan tindakan undang-undang dan orang tersebut maybe akan malu akibat fitnah itu tersebar.

Peranan share/retweet memang penting! Tetapi why this thing affect our integrity as a person? Sanggupkah kita sebarkan cerita yang salah, tiada bukti sahih semata-mata untuk popular. Dan jika kita salah, pihak dalam artikel tersebut dan kita sendiri memperolehi impak yang buruk. Marilah kita menggunakan media sosial ke arah kebaikkan, bukannya untuk membazir masa dan membuat perkara negatif.

Kenaikan Harga Minyak

8:49 PTG 0 Comments A+ a-

Oh well, harga minyak naik lagi, rasanya hampir setiap bulan kita dihidangkan dengan berita penghapusan subsidi, kenaikan harga tol ataupun kenaikan harga minyak. Even harga makanan pun sekarang agak mahal. Tetapi bila berita ini dihidangkan, of course ada someone akan kata :
Harga minyak naik semua nak complain tapi boleh je beli IPhone 7 sampai beratur panjang!
Biasanya yang cakap ini maybe budak yang memang tak guna pun minyak, sebab dia budak sekolah maybe. Yang beratur beli Iphone uh berapa je orang? 100-1000 orang maybe. Yang mengunakan minyak atau membeli petrol tiap hari uh berapa pula belas atau puluh ribu orang. Dan dalam ribuan orang uh, tak semuanya senang. Ada yang kena kira duit syiling nak isi minyak semata-mata nak pergi hospital untuk check up. Sometime orang tweet just nak jadi tweetfamous without thinking it carefully. 

Yes, maybe kita terlampau selesa sebab kita takpernah rasa erti kepayahan uh macammana. Ada yang complain taknak pergi sekolah dengan kancil walhal ada budak umur 4 tahun bonceng dengan mak dia hantar pergi sekolah dan ada budak umur 2 tahun dalam bakul. Seandainya kalau dia terlepas tangan dia daripada memeluk mak dia atas motor uh? Maybe dia boleh hilang nyawa. Siapa tak sayang anak? Maybe itu je pilihan mak dia ada sebab kepayahan dari segi ekonomi keluarga dia. Kalau ada choice yang lebih selamat, maybe dia takkan bawa anak dia ke sekolah dengan motor.

Hidup ini tak macam drama TV3 pukul 7 dimana semua boleh jadi CEO syarikat keuntungan juta-juta. Masyarakat kita terdiri daripada beberapa jenis golongan. Jangan jadi terlalu rendah sangat IQ untuk keluarkan that statement. Kita maybe terlampau taksub dengan kahwin muda, relationship goals, and even dream that our boyfriend will buy us a lot of makeup. Tapi perlu ke? Perlu ke taksub sangat dengan benda uh semua? Kebahagiaan bukan berdasarkan kekayaan tetapi how much we spend our life with beautiful memories.

Betul, kahwin muda itu lebih baik tapi bukan untuk semua orang. Ada je orang yangmemilih untuk sambung study, ada orang cuba untuk terokai bidang perniagaan dan ada je jodoh belum sampai. Kita taktau what will happen on our future but still kena tetap yakin that our choices adalah terbaik untuk kita. Senang cerita, cara kita fikir tak mungkin sama dengan apa yang orang lain fikir. 

Learning Japanese Language

9:34 PTG 0 Comments A+ a-

Wow, third articles on the same day. *clap hands* .  Third Language adalah subjek dimana semua student di peringkat degree perlu ambilkan? So saya ambil Japanese Language! 

ありがとうございますみんなさん!
Dalam bahasa Melayunya, terima kasih semua! Kalau nak romanizedkan, arigatou gozaimas minnasan! So Japanese ada tiga jenis tulisan dimana ada Hiragana sebagai permulaan, Katakana and the advance level for Japanese Language is Kanji. Tapi Fira just sempat belajar Hiragana je sepanjang satu semester. Sedih. I mula fall in love with Japanese Language. Maybe, ada masa nanti I start untuk hafal huruf katakana pula? 

For those yang tak rasa subjek ini penting, I think semua ilmu uh penting, malahkan ada pepatah mengatakan biarlah menuntut ilmu hingga ke negeri China. Kita try sebaik dan semaksima mungkin untuk mempelajari any knowledge that available on this Earth and maybe outside of our galaxy. 

おやすみなさい😴💤
Terjemahannya ialah srlamat malam. Jom tidur. Kalau ada kerja uh, siapkan dulu! Oh ya, tak sabar untuk NALS 2017! Terujanya!  

Insecurenya Seorang Perempuan

3:13 PTG 0 Comments A+ a-

Hello guys, tetiba nak tulis dua articles pulak hari so about perempuan main game. I do think ramai yang fikir perempuan main game adalah perempuan yang "kurang lawa" atau nerd. Guys, siapa korang nak kata perempuan uh lawa atau tak? I knew perempuan lebih suka tengok cerita Korean seperti Scarlet Heart Ryeo, The Legend of Blue Sea and Goblin. Nak tengok lelaki uh handsome and cerita yang sweet. Tapi tak semua perempuan begitu, ada je yang main game. Daripada simple game macam Candy Crush, COC sampai ke FIFA and DOTA. 

Macam mana eh perempuan nak bahagi masa dengan drama korea dia lah, make up dialah, shopping dialah and macam-macam lagi including assignment (if you are a student XD). Belum lagi masa nak spend dengan family, best friends and boyfriend. Boleh cakap perempuan ni hebat gak kan, sebab boleh multi tasking, thats why perempuanni patut tidur lebih lama daripada lelaki. Sorry lelaki if terasa, anda pun tak kurang hebatnya, pegang tanggungjawab as khalifah (ketua). Soo.. fair and square okey?

Perempuan terlalu cepat mudah insecure dengan perempuan lain especially bila lihat others more pretty and success. That's why diorang suka share atau mention nama husband and boyfriend diorang tentang relationship goals semua. Tetapi, tak ke diri ini sedar yang kita actually hebat juga, memang kalau asyik tengok orang lain, sampai ke hujung dunia pun takkan puas hati dengan diri sendiri. Takde manusia yang perfect tapi erti kebahagiaan uh terletak pada diri kita sendiri. Why? Takut orang mengata? Why sis seantero dunia, anda cantik, anda hebat dan tanpa anda, dunia ini tak lengkap. Jangan terlalu obses dengan orang lain tapi fikir how to a better person for your own future with your own way. 

Tak perlu takut dengan apa-apa, just be happy. Kita ada kawan, walaupun kita taktau sama ada kita boleh percaya atau tak,tapi why nak ragui? Perasaan ragu-ragu ni just menghancurkan erti keikhlasan dan kepercayaan. Kita tau Allah itu tahu apa terbaik untuk kita. Jika niat kita baik. Insya-Allah dipermudahkan.

Pengalaman Belajar di IPTS

5:41 PG 0 Comments A+ a-

Just di pagi hari yang tidak boleh tidur. Alhamdulillah saya dapat chance untuk pergi ke NALS Networking 2017. Yay! So far, saya dah berada pada second year for my bachelor! Yay! So, pengalaman berada di Universiti Swasta or IPTS adalah sangat mengujakan. Nope, saya tak kata IPTA tak seronok, dua-dua tempat seronok okay? Tetapi saya student IPTS, of courselah saya akan ceritakan pasal IPTS.

Nope, saya masuk IPTS bukan sebab result tak bagus sebab saya dapat juga keyh tawaran ke IPTA. So jangan buat kesimpulan awal-awal. Pengalaman paling seronok ialah pakaian, tak perlu nak kolar sangat bagi lelaki ( since perempuan IPTA ke IPTS ke, kalau muslimah memang kena tutup aurat jugakan? ) tapi janganlah expect awak tu boleh pakai selipar jepun pergi kelas. Imej tu memainkan peranan besar, orang just bawa selipar jepun uh masuk toilet jaa. Just kidding.

Second, there are a lot of IPTS yang partner with another universiti dekat luar negara such as UniMy, partner with Melbourne Uni and more. Yang paling seronoknya ialah you also got the chance to meet and share your opinion and ideas to the students from another countries. And maybe if you masuk Lim Kok Wing, you'll meet a lot of people with different religion, different races and different cultures. So this is your platform to gain knowledge about other cultures that exist in this world. Jangan duk kata belajar agama lain sesat pulak nanti, just pegang teguh pada agama masing-masing. Tak salah if nak cari ilmu barukan?

Kepada adik-adik atau kakak-kakak atau abang-abang, kita hidup dalam masyarakat dimana masyarakat yang tak berhenti mengata tak kira bangsa atau agama. Kalau kita masuk IPTS sekali pun, tak semestinya takde peluang kerja because Tuhan tu Maha Adil. Jika kita berusaha, Dia akan kurniakan apa yang setimpal dengan usaha kita. Just polish your motivation, set goals for your future and build your character. Insya-Allah, awak akan berjaya.