Perjalanan Di UniMy

Setelah dua tahun berada di UniMy, terasa kehidupan ini ibaratkan laut yang sedang berombak, tapi pasir di pantai masih bersama gagah walaupun telah dipukul berulang kali. Kenapa? Kehidupan sebagai seorang pelajar, tipulah jika kita cakap hidup indah ibaratkan drama-drama di kaca screen *al-maklumlah, bahasa pun takbolehlah Melayu kuno sangat*. Hidup di sini tak sepi kerana sentiasa ditemani cik Assignment, cik Tutorial dan cik Presentation.

Saya bergelar as undergraduate student ingin mengatakan bahawa inilah perjalanan realiti di UniMy! Nolah, ini adalah realiti walaupun dimana kita berada selagi kita bergelar sebagai pelajar. Yang indah, kita jadikan kenangan, dan yang buruk, kita jadikan teladan. Soo, apa actually suasana di UniMy:

Sahabat atau Kawan atau Sewaktunya
To be honest, ini adalah anugerah yang paling indah for me kerana di sana, anda takkan rasa sunyi pun kerana kita semua hidup as satu keluarga yang amat rapat. Agak mustahil untuk hidup sendiri, kerana kita masih menerima a lot of supports and advices that help us to be a better person. Sometime kita terlalu kejarkan apa yang kita mahukan sehingga kita lupa satu perkara yang penting, iaitu apa yang kita ada. For me, ini adalah anugerah, dan mustahil untuk Fira lupakan buat selamanya. Begitu banyak susah dan senang bersama-sama. Kebahagiaan di sebalik kesibukkan. 

Image may contain: 20 people, people smiling
Masa UniMy belanja the UniMy Students untuk tengok Spiderman-HomeComing!
Lecturer a.k.a Pensyarah
No doubt, UniMy have a lot of good lecturers and they even put a lot of efforts to remember his/her students. Pensyarah kat sini adalah sangat-sangat mesra. Tak percaya? Marilah kesini dulu.

Image may contain: 16 people, people smiling, indoor
Trip to I-City guys!
Aktiviti di UniMy?
Sekarang ni, hampir tiap minggu kita ada aktiviti di UniMy. Just let the pictures menceritakan segalanya. Berminat, jom join our big family di UniMy!
Image may contain: 36 people, people smiling, people sitting and indoor
Event Charity pun ada di UniMy



Share: