Prosedur Melakukan Kajian di Sekolah

10:21 PG 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Semasa Fira melakukan projek tahun akhir, mestilah kena lakukan data gathering betul tak? Fira pun berfikir why not buat kajian di sekolah. Pada awalnya, fikir macam betapa rumitnya nak ikut semua prosedur tetapi sebenarnya dah tak rumit lagi sejak eRas diwujudkan!

Apa itu eRas 2.0?




Melalui https://eras.moe.gov.my/ inilah kita boleh membuat permohonan untuk melakukan kajian di institusi under Kementerian Pelajaran Malaysia seperti kolej matrikulasi, sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan.

Apa syarat-syarat untuk permohonan melakukan kajian?

  • Penyelidikan tidak melibatkan murid kelas peperiksaan.
  • Penyelidikan hendaklah tidak mengandungi unsur sensitif seperti mempersoalkan dasar pendidikan / isi perkauman / menyentuh sensitiviti agama / seks keterlaluan / mengaibkan individu atau kumpulan.
  • Instrumen hendaklah dalam bahasa yang digunakan semasa melaksanakan kajian (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). Sekiranya menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, perlu DITERJEMAHKAN ke dalam Bahasa Melayu.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat - syarat permohonan akan DITOLAK.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia berhak MENOLAK sebarang permohonan untuk menjalankan penyelidikan atau membatalkan kebenaran yang telah diberikan tanpa sebarang notis.
  • Satu naskhah laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah diserahkan kepada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia selepas penyelidikan selesai dijalankan.

Dokumen yang diperlukan semasa melakukan permohonan melakukan kajian?

  • Surat perakuan status sama ada kita ini adalah penyelidik daripada agensi/institusi tertentu.
  • Surat pengesahan daripada supervisor kita. Jangan risau kerana surat itu hanya boleh dicetak melalui sistem dan our supervisor perlu sign dan cop je.
  • Kertas cadangan mengenai projek kita supaya pihak Kementerian lebih memahami tujuan kita untuk melakukan kajian.
  • Instrumen kajian seperti borang kaji selidik dan sebagainya.

Selepas permohonan kita telah diluluskan oleh pihak Kementerian, kita harus bawa surat itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Untuk kes Fira, Fira ingin melakukan kajian di sekolah kawasan Putrajaya, Fira harus refer pada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang terletak di Komplek E. Selepas kita dapat kelulusan daripada jabatan tersebut, kita harus berjumpa dengan Guru Besar/Pengetua sekolah yang kita mahu lakukan kajian itu. Pastikan kita ikut semua prosedur dengan baik supaya tiada masalah sepanjang melakukan kajian.

Final Year Project in UNIMY

9:48 PTG 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Alhamdulillah kerana saya telah retired daripada menjadi salah seorang insan dalam Majlis Perwakilan Pelajar UNIMY dan sekarang ini, saya sedang melalui projek tahun akhir di UNIMY. Wow, mencabar dengarnya betul tak? Okay. Tajuk untuk projek tahun akhir ini adalah Elisya : Make Me Speak di mana ia adalah satu aplikasi mudah alih yang membantu kanak-kanak yang mengalami palsi serebrum untuk berkomunikasi dengan orang disekililingnya. Menarik bukan.

Mesti terlintas di fikiran, apa itu palsi serebrum?

Palsi Serebrum adalah dimana terjadinya gangguan di dalam otak dan memyebabkan masalah motor seperti tidak mempunyai keupayaan untuk berkomunikasi, berjalan dengan baik dan melihat dengan baik. Hal ini boleh terjadi semasa kanak-kanak itu dilahirkan atau pada peringkat 2-4 tahun (mungkin disebabkan oleh demam panas yang melampau).

Apa tujuannya untuk membina aplikasi ini?
Kita semua tahu bahawa terdapat begitu banyak aplikasi yang dapat membantu kanak-kanak untuk berkomunikasi tetapi kekurangan dimana kebanyakkan aplikasi adalah dalam bahasa Inggeris dan faktor ini menjadi masalah pada masyarakat Malaysia kerana majoriti daripada masyarakat kita menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa percakapan di rumah.  Aplikasi ini akan dibina dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama dan ini akan menggalakan masyarakat sama ada masyarakat bandar ataupun masyarakat luar bandar untuk menggunakan aplikasi mudah alih ini.
Dan yang paling seronoknya, projek ini dapat tarik perhatian media juga tau!


 

Seronok bukan? Setakat ini je kot saya boleh ceritakan pada hari ini =)