Lingkaran Fikiran

7:55 PTG 0 Comments A+ a-

Kita tidak boleh menduga seseorang melalui apa yang kita lihat, apa yang kita dengar atau apa yang kita baca. Tidak semuanya kebenaran berada di alam realiti. Jikalau kebenaran itu mudah dilihat, mengapa mesti pelbagai  pendapat tentang keganasan Israel terhadap Palestin. Sometime, kebenaran itu sulit untuk kita rungkaikan. 

Kita hidup sebagai manusia dalam kalangan masyarakat bumi yang berjuta. Tidakkah kita terfikir yang kita tidak mampu untuk halang berjuta manusia lain untuk berfikir, bercakap atau bertindak walaupun apa yang dia fikir itu salah, apa yang dia cakap itu salah dan apa yang tindakan yang dia ambil itu salah. Jelaslah kalau orang uh memang berniat untuk mengumpat tentang kita, dia still akan mengumpat tentang kita. Kita tak mampu untuk tutup mulut orang melainkan dengan kita pergi ambil cello tape dan tampal tu setiap mulut yang ada di muka bumi ini.

Kita lihat pula situasi Tun Dr. Mahathir dan Dato Seri Anwar Ibrahim. Mereka datang dari parti yang berbeza dan fahaman politik yang berbeza setelah Dato' Seri Anwar Ibrahim keluar daripada UMNO. Walaupun Tun Dr. Mahathir  melakukan kebaikan,  tetapi penyokong yang tak berapa jelas usulnya still akan mengata dan begitu juga sebaliknya. Tetapi mereka still kukuh membawa idea mereka yang tersendiri untuk membangunkan Malaysia.

Untuk yang beragama Islam, marilah kita lihat pada contoh yang unggul iaitu Rasulullah S.A.W,  meskipun baginda bersikap jujur, amanah dan sentiasa membuat kebaikan, tetapi masih ada lagi pihak yang menentang baginda. Baginda still berdiri kukuh membawa ajaran Islam kepada umatnya walaupun ditentang hebat oleh pelbagai pihak.

Adakah salah kalau kita bangkit daripada perasaan takut terhadap apa orang fikir/cakap/tindak jika kita yakin jalan yang kita pilih itu benar dan bermanfaat. Maafkan saya andai saya ada tersalah bahasa dalam artikel kali ini.