Kehidupan Sebagai Pelajar Matrikulasi

7:12 PG 0 Comments A+ a-

As always, kebanyakkan orang akan bercakap bahawa "Matriks itu susah" "Matriks itu takde life" atau ini itu dan itu ini. Okay, jangan marah, saya cuma bergurau. Matrikulasi under Kementerian Pendidikan Malaysia or usually known as MOE or KPM. Fully under government. Matriks ini terbahagi kepada dua iaitu Teknikal dan Umum (eh, panggil jelah matriks biasa). Artikel ini akan lebih berfokuskan kepada Matrikulasi Am atau Umum atau Biasa. Hahaha.

Matrikulasi menawarkan dua bidang iaitu Sains dan Akaun. Sains ini juga telah dipecahkan dalam beberapa modul iaitu :

Modul 1
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik
Modul 2
  • Fizik
  • Kimia
  • Sains Komputer
  • Matematik
 Modul 3
  • Biologi
  • Kimia 
  • Sains Komputer
  • Matematik 
Kalau lihat kepada Akaun pula, akaun hanya menawarkang satu modul sahaja  :

Akaun
  • Akaun
  • Ekonomi
  • Prinsip Perniagaan
  • Matematik
Berdasarkan borang permohonan, kita hanya boleh memilih sama ada kita ingin masuk ke Sains ataupun Akaun. Kepada para pelajar yang ingin menyambung ke aliran sains, usah risau tentang modul yang anda akan dapat. Modul diberikan berdasarkan keputusan SPM anda dan sekiranya anda tidak berpuas hati, boleh kemukakan rayuan kepada kolej masing-masing.

Saya juga ingin sentuh tentang subjek wajib diambil oleh pelajar matrikulasi iaitu :
  • Kemahiran Dinamika
  • Pendidikan Islam / Moral
  • Kokurikulum
  • English
Bagaimana pula dengan jadual di Matrikulasi?
Jadual belajar di Matrikulasi is starting from 8.00 a.m until 4.00 p.m. Itu adalah kebiasaannya. Ia bergantung kepada matrikulasi masing-masing untuk tetapkannya. So, biasanya after pukul 5.00 p.m, biasanya para pelajar akan keluar beriadah and mengisi masa lapang mereka untuk melakukan hobi mereka ataupun berehat. Waktu malam pula selalu diisi dengan mengulang kaji. Kalau tak nak mengulang kaji di bilik, kita boleh je ulang kaji di library, masjid dan kat pondok-pondok yang disediakan.

Outing pula hanya dibenarkan pada weekends sahaja dan jika ingin outing dengan alasan yang kukuh pada hari biasa, perlu kemukakan ia kepada Hal Ehwal Pelajar. 

PDT or PST?
PST (Program Satu Tahun) dan PDT (Program Dua Tahun) hanya ditawarkan pada pelajar Sains. Pelajar Akaun hanya mempunyai Program Satu Tahun. PST dan PDT mempunyai sukatan pembelajaran yang hampir sama cuma tempoh belajarnya berbeza mengikut kemampuan pelajar tersebut.

Sekiranya ada soalan boleh kemukakan di ruangan komen di bawah.