Matrikulasi vs Universiti

1:39 PTG 0 Comments A+ a-

Ish, Matrikulasi macam sekolah!
Memang betul kalau belajar di Matrikulasi, asyik-asyik kena pakai baju formal, jadual ketat, peraturan lagi ketat jika dibandingkan daripada universiti. Tetapi matrikulasi dan universiti, masing-masing ada pro dan kontra masing-masing.

Jika di Matrikulasi : -
  • Kat sana, dia ada tiga jenis kelas untuk satu subjek iaitu kuliah, tutorial dan makmal. So kita ada masa lebih banyak bersama pensyarah untuk membantu kita untuk memahami suatu topik dengan lebih baik.
  • Yes, yes and yes. Peraturan di Matrikulasi sejauhnya memang lebih ketat daripada universiti. Di Kolej Matrikulasi Johor sendiri, kalau nak outing, lelaki dengan perempuan mempunyai jadual outing yang berbeza. Tapi bukankah kawalan peraturan ini membantu kita untuk menjadi lebih baik.
  • Korang akan dapat elaun sebanyak RM250 XD setiap bulan dan tak perlu untuk membuat pinjaman PTPTN. Yes, inilah benda yang paling suka kita dengar rite?
Fuyooo, hang masuk universiti!
Jika di Universiti : -
  • Of course kalau korang pilih diploma, lepas habis belajar korang boleh kerja terus. Kalau matrikulasi, korang still kena sambung ijazah kalau nak kerja. 
  • Korang dapat rasa pengalaman berada di sebuah kampus yang mempunyai feel as university student so maybe korang boleh explore dunia luar dengan lebih baik . Maklumlah still muda, still tengah bersemangat untuk mengumpul pengalaman. Tapi kawal diri sendiri, jangan sampai lupa amanah sebagai anak dan pelajar okay? 
Tetapi still as student kita tak boleh lari daripada masalah seperti assignment banyak, kokurikulum, tutorial, masalah dengan group work, tak reti nak manage waktu dan pelbagai masalah lagi. Thats normal sebab kita ni adalah student dan itulah mengajar kita erti kehidupan.

Coretan ini hanya untuk berkongsi pengalaman XD