Memaparkan catatan dengan label Kajian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kajian. Papar semua catatan

Apa Itu Palsi Serebrum?

Memandangkan my previous project berkait rapat dengan Palsi Serebrum or in English, Cerebral Palsy, saya hendak menulis mengenainya untuk post kali ini!
Ia salah satu kategori ketidakupayaan perkembangan di mana bahagian-bahagian otak tertentu yang mengawal koordinasi dan pergerakan otot-otot dalam badan seseorang mengalami kerosakan. Ia boleh berlaku semasa seseorang itu masih berada dalam kandungan ibu, semasa dia dilahirkan atau dalam beberapa tahun pertama selepas dia dilahirkan.
Itu adalah explanation daripada pihak yang mahir. Tanya pada diri kita, adakah kita dan keluarga kita tahu akan kewujudan Palsi Serebrum. Bahkan di radio atau televisyen, kita hanya seringkali mendengar tentang Sindrom Down dan juga Autism. 

Di Malaysia, kita mempunyai sebuah NGO yang ingin memberi kesedaran kepada masyarakat Malaysia tentang Palsi Serebrum iaitu Gabungan Anak-Anak Palsi Serebrum yang telah ditubuhkan pada tahun 2016 dan berharap agar kesedaran mengenai Palsi Serebrum tersebar luas di serata Malaysia!

Palsi Serebrum diklasifikasikan kepada beberapa kategori. Mari kita baca ulasan daripada pakar :
Spastik
Seseorang dikatakan mengalami palsi serebrum jenis spastik sekiranya dia mengalami ketegangan otot yang terlampau tinggi. Ketegangan ototnya berkemungkinan akan meningkat apabila dia melakukan sesuatu. Hal ini menyebabkannya kelihatan kaku atau keras.
Palsi serebrum jenis spastik boleh dibahagikan lagi kepada tiga kategori yang lebih spesifik berdasarkan bahagian badan yang terjejas iaitu paraplegia, hemiplegia dan diplegia. Bagi seseorang yang dikategorikan sebagai spastik paraplegia, kedua-dua tangan dan kaki serta tengkuknya terjejas. Kebanyakannya tidak dapat berjalan. Apabila hanya sebelah kiri atau kanan badan sahaja yang terjejas, seseorang itu digolongkan sebagai spastik hemiplegia. Dia akan kelihatan tempang semasa berjalan. Bagi seseorang yang mengalami spastik diplegia pula, kakinya adalah lebih terjejas daripada tangan. Fungsi tangannya mungkin terjejas sedikit atau tidak mengalami sebarang masalah.

Athetosis

Seseorang yang mengalami palsi serebrum jenis athetosis mengalami gabungan tahap ketegangan otot iaitu ada kalanya mengalami ketegangan otot yang sangat tinggi dan ada kalanya mengalami ketegangan otot yang sangat rendah. Seseorang itu selalunya menunjukkan pergerakan luar kawalan atau pergerakan secara tidak sengaja. Dia sukar mengekalkan posturnya semasa duduk atau berjalan. Dia memerlukan usaha dan tumpuan yang tinggi untuk mengunjurkan tangannya ke arah sesuatu seperti menggaru hidungnya atau mencapai sesebuah buku.

Ataxia

Seseorang yang mengalami palsi serebrum jenis ataxia pula menghadapi masalah koordinasi dan keseimbangan badan. Seseorang itu biasanya boleh berjalan tetapi tidak stabil. Dia akan berjalan dengan melebarkan jarak antara kedua-dua kakinya untuk mengimbangkan badannya. Tangannya akan bergetar semasa melakukan sesuatu khususnya apabila dia perlu melakukan pergerakan yang tepat atau pergerakan pantas seperti semasa membutangkan baju atau menulis. Keadaan akan bertambah teruk apabila dia disuruh melakukan sesuatu dalam masa yang singkat.

Ini adalah info daripada blog: http://duniacp.blogspot.com/2011/01/jenis-jenis-palsi-serebrum.html

Prosedur Melakukan Kajian di Sekolah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Semasa Fira melakukan projek tahun akhir, mestilah kena lakukan data gathering betul tak? Fira pun berfikir why not buat kajian di sekolah. Pada awalnya, fikir macam betapa rumitnya nak ikut semua prosedur tetapi sebenarnya dah tak rumit lagi sejak eRas diwujudkan!

Apa itu eRas 2.0?




Melalui https://eras.moe.gov.my/ inilah kita boleh membuat permohonan untuk melakukan kajian di institusi under Kementerian Pelajaran Malaysia seperti kolej matrikulasi, sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan.

Apa syarat-syarat untuk permohonan melakukan kajian?

  • Penyelidikan tidak melibatkan murid kelas peperiksaan.
  • Penyelidikan hendaklah tidak mengandungi unsur sensitif seperti mempersoalkan dasar pendidikan / isi perkauman / menyentuh sensitiviti agama / seks keterlaluan / mengaibkan individu atau kumpulan.
  • Instrumen hendaklah dalam bahasa yang digunakan semasa melaksanakan kajian (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). Sekiranya menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, perlu DITERJEMAHKAN ke dalam Bahasa Melayu.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat - syarat permohonan akan DITOLAK.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia berhak MENOLAK sebarang permohonan untuk menjalankan penyelidikan atau membatalkan kebenaran yang telah diberikan tanpa sebarang notis.
  • Satu naskhah laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah diserahkan kepada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia selepas penyelidikan selesai dijalankan.

Dokumen yang diperlukan semasa melakukan permohonan melakukan kajian?

  • Surat perakuan status sama ada kita ini adalah penyelidik daripada agensi/institusi tertentu.
  • Surat pengesahan daripada supervisor kita. Jangan risau kerana surat itu hanya boleh dicetak melalui sistem dan our supervisor perlu sign dan cop je.
  • Kertas cadangan mengenai projek kita supaya pihak Kementerian lebih memahami tujuan kita untuk melakukan kajian.
  • Instrumen kajian seperti borang kaji selidik dan sebagainya.

Selepas permohonan kita telah diluluskan oleh pihak Kementerian, kita harus bawa surat itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Untuk kes Fira, Fira ingin melakukan kajian di sekolah kawasan Putrajaya, Fira harus refer pada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang terletak di Komplek E. Selepas kita dapat kelulusan daripada jabatan tersebut, kita harus berjumpa dengan Guru Besar/Pengetua sekolah yang kita mahu lakukan kajian itu. Pastikan kita ikut semua prosedur dengan baik supaya tiada masalah sepanjang melakukan kajian.