Memaparkan catatan dengan label Matrikulasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Matrikulasi. Papar semua catatan

Matrikulasi vs Universiti

Ish, Matrikulasi macam sekolah!
Memang betul kalau belajar di Matrikulasi, asyik-asyik kena pakai baju formal, jadual ketat, peraturan lagi ketat jika dibandingkan daripada universiti. Tetapi matrikulasi dan universiti, masing-masing ada pro dan kontra masing-masing.

Jika di Matrikulasi : -
  • Kat sana, dia ada tiga jenis kelas untuk satu subjek iaitu kuliah, tutorial dan makmal. So kita ada masa lebih banyak bersama pensyarah untuk membantu kita untuk memahami suatu topik dengan lebih baik.
  • Yes, yes and yes. Peraturan di Matrikulasi sejauhnya memang lebih ketat daripada universiti. Di Kolej Matrikulasi Johor sendiri, kalau nak outing, lelaki dengan perempuan mempunyai jadual outing yang berbeza. Tapi bukankah kawalan peraturan ini membantu kita untuk menjadi lebih baik.
  • Korang akan dapat elaun sebanyak RM250 XD setiap bulan dan tak perlu untuk membuat pinjaman PTPTN. Yes, inilah benda yang paling suka kita dengar rite?
Fuyooo, hang masuk universiti!
Jika di Universiti : -
  • Of course kalau korang pilih diploma, lepas habis belajar korang boleh kerja terus. Kalau matrikulasi, korang still kena sambung ijazah kalau nak kerja. 
  • Korang dapat rasa pengalaman berada di sebuah kampus yang mempunyai feel as university student so maybe korang boleh explore dunia luar dengan lebih baik . Maklumlah still muda, still tengah bersemangat untuk mengumpul pengalaman. Tapi kawal diri sendiri, jangan sampai lupa amanah sebagai anak dan pelajar okay? 
Tetapi still as student kita tak boleh lari daripada masalah seperti assignment banyak, kokurikulum, tutorial, masalah dengan group work, tak reti nak manage waktu dan pelbagai masalah lagi. Thats normal sebab kita ni adalah student dan itulah mengajar kita erti kehidupan.

Coretan ini hanya untuk berkongsi pengalaman XD

Kehidupan Sebagai Pelajar Matrikulasi

As always, kebanyakkan orang akan bercakap bahawa "Matriks itu susah" "Matriks itu takde life" atau ini itu dan itu ini. Okay, jangan marah, saya cuma bergurau. Matrikulasi under Kementerian Pendidikan Malaysia or usually known as MOE or KPM. Fully under government. Matriks ini terbahagi kepada dua iaitu Teknikal dan Umum (eh, panggil jelah matriks biasa). Artikel ini akan lebih berfokuskan kepada Matrikulasi Am atau Umum atau Biasa. Hahaha.

Matrikulasi menawarkan dua bidang iaitu Sains dan Akaun. Sains ini juga telah dipecahkan dalam beberapa modul iaitu :

Modul 1
  • Biologi
  • Kimia
  • Fizik
  • Matematik
Modul 2
  • Fizik
  • Kimia
  • Sains Komputer
  • Matematik
 Modul 3
  • Biologi
  • Kimia 
  • Sains Komputer
  • Matematik 
Kalau lihat kepada Akaun pula, akaun hanya menawarkang satu modul sahaja  :

Akaun
  • Akaun
  • Ekonomi
  • Prinsip Perniagaan
  • Matematik
Berdasarkan borang permohonan, kita hanya boleh memilih sama ada kita ingin masuk ke Sains ataupun Akaun. Kepada para pelajar yang ingin menyambung ke aliran sains, usah risau tentang modul yang anda akan dapat. Modul diberikan berdasarkan keputusan SPM anda dan sekiranya anda tidak berpuas hati, boleh kemukakan rayuan kepada kolej masing-masing.

Saya juga ingin sentuh tentang subjek wajib diambil oleh pelajar matrikulasi iaitu :
  • Kemahiran Dinamika
  • Pendidikan Islam / Moral
  • Kokurikulum
  • English
Bagaimana pula dengan jadual di Matrikulasi?
Jadual belajar di Matrikulasi is starting from 8.00 a.m until 4.00 p.m. Itu adalah kebiasaannya. Ia bergantung kepada matrikulasi masing-masing untuk tetapkannya. So, biasanya after pukul 5.00 p.m, biasanya para pelajar akan keluar beriadah and mengisi masa lapang mereka untuk melakukan hobi mereka ataupun berehat. Waktu malam pula selalu diisi dengan mengulang kaji. Kalau tak nak mengulang kaji di bilik, kita boleh je ulang kaji di library, masjid dan kat pondok-pondok yang disediakan.

Outing pula hanya dibenarkan pada weekends sahaja dan jika ingin outing dengan alasan yang kukuh pada hari biasa, perlu kemukakan ia kepada Hal Ehwal Pelajar. 

PDT or PST?
PST (Program Satu Tahun) dan PDT (Program Dua Tahun) hanya ditawarkan pada pelajar Sains. Pelajar Akaun hanya mempunyai Program Satu Tahun. PST dan PDT mempunyai sukatan pembelajaran yang hampir sama cuma tempoh belajarnya berbeza mengikut kemampuan pelajar tersebut.

Sekiranya ada soalan boleh kemukakan di ruangan komen di bawah.

Pengalaman Mengenai UPU

To all student, let's remember this, I'm not the bekerja at UPU or Kementerian, I'm just a student. A degree student. Atau lebih tepat dikenali sebagai IPTS student. Well, I'm UniMy student. Proudly to say that. Why I choose IPTS? Its because my minat even though I got UPU offers for two times ( UiTM Dungun for Diploma Sains Komputer and UTeM for Ijazah Sarjana Muda in Teknologi Kejuruteraan Komputer (Sistem Komputer) ) and IPTS i got too many offers from MMU, MSU and UniKL. Thanks to them for offering me a place.

Kita semua sering dimomokkan dengan info bahawa IPTA hanya mengambil pointer higher ataupun yang rendah takkan dapat. Actually its ikut kepada jita yang memohon mengikut saiz badan kita (well, kalau tak faham kiasan, its keputusan or result) 

Pointer tinggi tapi still tak dapat nak sambung medic
Yes, medic adalah kebanyakkan hanya mengambil 4 rata because Malaysia kini terlalu ramai dengan doktor. Sebab itu mereka hanya ambil yang the best. 4 rata juga perlu disertai dengan performance dalam kokurikulum yang aktif supaya dapat bersaing dengan pemohon yang lain.

Kejuruteraan or Teknologi Kejuruteraan?
Tanpa orang yang mempelajari teknologi kejuruteraan, mesti juretera akan ada something lacking. Because Teknologi ini kita mempelajari bagaimana untuk handle bidang itu secara praktikal dan jurutera pula akan lebih kepada teori dan ilmu pengetahuan. So, dua-dua saling memerlukan. So, jangan ada pandang rendah terhadap teknologi punya orang.

Come onlah, IT mana ada orang nak ambil?
Based on pengetahuan secara am melalui bacaan, IT ini sangat luas maknanya, adakah anda into Computer Science, Software Engineer seperti saya, Management, Computer Engineer or lain-lain. Jangan percayakan mitos mengata peluang kerja IT adalah sikit. Cuba buka jobstreet.com dan search kat sana for more info.

Camne kalau dapat kos lelong?
Tell me mana kos lelong? Its just kos kita tak minat and tak popular je kita panggil dia kos lelong. Universiti menjalankan kos itu mesti mempunyai keperluan khusus untuk uh dan mereka telah menjalankan beberapa kajian before buka kos baru. Bukan senang nak buka kos baru, kena dapatkan MQA kekal lpas berjaya menghasilkan graduan yang berkualiti.

So kepada adik-adik, lebih baik anda refer dahulu dengan kaunselor anda di sekolah, matrik, uni, ataupun kolej dan kalau boleh, jalankan ujian pengesuaian diri dengan kerjaya before menetapkan cita-cita. Selepas dapat tetapkannya, baru boleh berusaha ke arahnya dan bertawakallah. InsyaAllah