Tips Memakai Contact Lens

8:18 PTG 0 Comments A+ a-

Topik kali ini kita menyentuh tentang penjagaan contact lens. Secara jujurnya, saya memakai lens pun atas dasar keselesaan not untuk cantik. Okay, tipu, memang ada niat untuk menjadi cantik. Semua perempuan kan dijadikan dengan suka keindahan. Okay, ini adalah langkah-langkah untuk mendapat passport untuk memakai contact lens

Pakai contact lens ini haram!
Memanglah haram kalau memakainya tanpa sebab yang munasabah. Hanya ingin menjadi cantik sedangkan dalam Islam sudah melarang wanita berhias secara lebih-lebihan. Hanya pakai contact lens sebab mata awak rabun dan ingin memudahkan pekerjaan awak.

Persediaan menjaga contact lens bagaimana pula?
  • Tempoh pemakaian contact lens
    Biasanya kita dinasihati memakai contact lens selama 8 jam, tapi ikut keselesaan mata. Macam saya, saya biasanya memakai contact lens paling lama pun 6 jam sebab mata cepat kering.
  • Tak boleh tidur semasa pakai contact lens !
    Ini bukan nasihat, bukan kata-kata zimat ataupun pujian. Ini adalah AMARAN lagi sekali saya ingatkan, ini merupakan amaran yang sangat keras. Impak dia sangat besar terhadap mata hinggakan mata boleh menyala merah, lens tak boleh cabut ataupun lens boleh ke belakang mata kita . Point yang last tak tahu sama ada sahih atau tak tapi ambillah langkah berjaga-jaga.
  • Cuci lens, letak lens dalam bekas. Rajin tak?
    Sekali lagi saya tanya, awak rajin tak nak menguruskan tentang kebersihan contact lens? Kena bersiap sedia tau. Kalau tak, dikhuatiri mata awak dijangkiti kuman. Pertama sekali, cuci lens awak setiap kali lepas awak tanggalkan ia dan cuci ia dengan cecair yang telah dikhaskan untuk contact lens.

Pemilihan contact lens
Kalau boleh, dapatkan nasihat daripada pakar mata atau optometrist for more info about pemilihan contact lens. Aspek yang perlu kita lihat ialah power mata kita, jenama contact lens and size lens itu. Bukan size tapi diameter, memang mata besar itu cantik tapi tak perlu beli terlampau besar sebab penatlah ata tu nanti.

Selamat memakai contact lens, wahai kawan-kawan.