Prosedur Melakukan Kajian di Sekolah

10:21 PG 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Semasa Fira melakukan projek tahun akhir, mestilah kena lakukan data gathering betul tak? Fira pun berfikir why not buat kajian di sekolah. Pada awalnya, fikir macam betapa rumitnya nak ikut semua prosedur tetapi sebenarnya dah tak rumit lagi sejak eRas diwujudkan!

Apa itu eRas 2.0?




Melalui https://eras.moe.gov.my/ inilah kita boleh membuat permohonan untuk melakukan kajian di institusi under Kementerian Pelajaran Malaysia seperti kolej matrikulasi, sekolah menengah kebangsaan dan sekolah kebangsaan.

Apa syarat-syarat untuk permohonan melakukan kajian?

  • Penyelidikan tidak melibatkan murid kelas peperiksaan.
  • Penyelidikan hendaklah tidak mengandungi unsur sensitif seperti mempersoalkan dasar pendidikan / isi perkauman / menyentuh sensitiviti agama / seks keterlaluan / mengaibkan individu atau kumpulan.
  • Instrumen hendaklah dalam bahasa yang digunakan semasa melaksanakan kajian (Bahasa Melayu/Bahasa Inggeris). Sekiranya menggunakan bahasa selain daripada Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris, perlu DITERJEMAHKAN ke dalam Bahasa Melayu.
  • Permohonan yang tidak lengkap dan tidak mematuhi syarat - syarat permohonan akan DITOLAK.
  • Kementerian Pendidikan Malaysia berhak MENOLAK sebarang permohonan untuk menjalankan penyelidikan atau membatalkan kebenaran yang telah diberikan tanpa sebarang notis.
  • Satu naskhah laporan / disertasi / tesis penyelidikan hendaklah diserahkan kepada Pengarah, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia selepas penyelidikan selesai dijalankan.

Dokumen yang diperlukan semasa melakukan permohonan melakukan kajian?

  • Surat perakuan status sama ada kita ini adalah penyelidik daripada agensi/institusi tertentu.
  • Surat pengesahan daripada supervisor kita. Jangan risau kerana surat itu hanya boleh dicetak melalui sistem dan our supervisor perlu sign dan cop je.
  • Kertas cadangan mengenai projek kita supaya pihak Kementerian lebih memahami tujuan kita untuk melakukan kajian.
  • Instrumen kajian seperti borang kaji selidik dan sebagainya.

Selepas permohonan kita telah diluluskan oleh pihak Kementerian, kita harus bawa surat itu kepada Jabatan Pendidikan Negeri. Untuk kes Fira, Fira ingin melakukan kajian di sekolah kawasan Putrajaya, Fira harus refer pada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang terletak di Komplek E. Selepas kita dapat kelulusan daripada jabatan tersebut, kita harus berjumpa dengan Guru Besar/Pengetua sekolah yang kita mahu lakukan kajian itu. Pastikan kita ikut semua prosedur dengan baik supaya tiada masalah sepanjang melakukan kajian.