Keganasan Serata Dunia
Pada malaam itu, bumi Paris telah digemparkan dengan beberapa bom dan telah melenyap beberapa nyawa yang melibatkan rakyat biasa, iaitu seorang ibu atau ayah kepana anak-anak mereka, seorang anak yang perlu berbakti kepada orang tuanya ataupun seorang suami yang sangat dicintai oleh isterinya. Paris ini dikenali sebagai destinasi perlancongan yang sangat popular dan lebih dikenali sebagai "Kota Cinta". Tetapi sayang, kota in telah diserang oleh pihak tertentu yang mereka gelarkan sebagai penganas.
Penganas atau dalam bahasa Inggerisnya, terrorist selalu dikaitkan dengan agama Islam. Pendapat saya selaku penulis yang biasa-biasa sahaja dan banyak lagi ilmu yang perlu digali, saya percaya semua agama mengajar umatnya supaya hidup harmoni. Kalau betul agama Islam ini mengajar keganasan, populasi umat Islam 1.7 billion di atas muka bumi Allah ini, tentu sudah hancur dikerjakannya. Betul tak?
Hipokrit, Paris je korang perhatikan! Tengok Syria dan Palestin, mereka pun menderita di sana.
Seriously guys? Memang kita tidak nampak sokongan dunia terhadap Syria, Palestin dan negara Islam yang lain. Hal ini sebab gerakan kesedaran ini kecil tapi masih ada yang menyokong Syria dan Palestin seperti Palestine Campaign & Human Care Syria. Just cuma kita tak nampak. Apa kita nampak cuma Social Network seperti Facebook, Twitter dan Instagram trending benda tu. Memang Paris akan trending because benda ini mengejutkan semua pihak include saya.
Eh? Paris kena attack? Siapa yang attack negara perlancongan uh? Rakyat Malaysia ada yang cedera ke?
Alhamdulillah, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terkorban mahupun cedera . Tetapi kerajaan Malaysia telah menasihatkan rakyat Malaysia untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada.