Review : Buku-buku Mat Luthfi
Okay, memang seriously teruja apabila dapat buku begini, apabila dapat tu terus bacakan. Okay, diakui Fira bukan ulat buku tapi apabila dapat buku ini langsung tak berhenti membaca. Kebiasaannya, Fira tak suka lawak macam Maharaja Lawak Mega atau Raja Lawak ( sebab tu bukan lawak mereka tersendiri ) tapi sememangnya cara penyampaian Mat Luthfi secara jenaka tapi kebanyakkan menimbulkan tanda tanya. Well, tanda tanya membuatkan kita ingin melayari lebih dalam tentang ilmu tersebut.
Mat Luthfi juga tidak ketinggalan juga share pengalaman belajar di Australia dan membuatkan Fira ingin belajar di luar negara untuk Master nanti. Master in Software Engineering. Ingat nak belajar kat Melbourne? Berangan jauh sangat, semester 1 pun belum lepas lagi. Tak pasti lagi penjalanan lagikan. Buku ini sebenarnya memiliki input yang sangat luas : apa yang Fira lihat ialah skop politik, education, agama, kaum, kemanusiaan dan architecture. Well, Mat Luthfi kan student Architecture.
Oh ya, Momen-Momen MatLuthfi akan dilancarkan di MPH pada 13 Disember 2015 tapi kedai lain sudah mula menjual buku ini secara meluas.Dapatkan buku ini adalah satu perkara yang amat menguntungkan kepada sesiapa yang ingin melihat dunia daripada pelbagai skop dan arah dan ingin keluarkan diri daripada penjara kawalan minda. Anda boleh buat apa saja asalkan tidakkan bertentangan syariat dan agama. Kenapa perlu berhenti membuat sesuatu apabila anda mahukan?