Tergerak Minda Seketika
Although dunia hanyalah sementara tetapi kita masih adalah makhluk yang berada di atas muka bumi yang memegang amanah yang cukup hebat dan yang telah ditetapkan oleh takdir. Kita sebagai manusia tidak boleh jangka berapa lama kita diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi Allah ini tapi kita masih berpeluang untuk mewarnai kehidupan kita meskipun kita hanya mempunyai sehari sahaja lagi untuk bernafas.
Sayang seribu kali sayang, terdapat ramai manusia yang berputus asa dengan dunia ini. Memang betul, hidup ini tidak mudah, cabaran ini perit. Tapi bukankah cabaran itu mengajar kita untuk menjadi seseorang yang tabah meskipun kita telah rempuhi duri dan ombak sepanjang hidup kita tak kiralah siang atau malam.
Tak kira dimana kita berada, di Syria mahupun Palestin, di Indonesia mahupun Malaysia, kita cuma mempunyai isu yang sama : iaitu merempuh cabaran ketika ingin melalui jalan keredhaan Ilahi. Saya mula berfikir semua ini setelah saya telah kehilangan insan yang paling saya sayang di atas muka bumi Allah ini iaitu Allahyarhamah Hajah Zaitun binti Salat, nenek saya pada Jumaat yang lalu. Arwah telah menghembus nafas terakhir pada umurnya cecah 79 tahun dan mengalami pendarahan yang agak kritikal pada bahagian otak kerana saluran darahnya pecah.
Saya sedar bahwa mungkin nukilan ini tidak berguna pada semua manusia tapi cuma saya adalah insan biasa yang mahu berkongsi cerita dan pengalaman. Saya berfikir semasa saya melihat alam hijau ciptaan Tuhan yang indah lagi cantik ini, kenapa cabaran mesti wujud? Kenapa kehilangan harus berlaku? Adakah kita tiada hak untuk bahagia? Adakah bahagia itu sementara? Beribu soalan berada yng berlingkar di pemikiran saya dan maafkan saya kerana saya tak mampu untuk menjawab segala persoalan yang bermain di pemikiran sendiri.
Saat matahari terbit pada subuh hari, cahaya mulai menerangi bumi dan apabila senja menjelma, cahyanya mulai hilang sedikit demi sedikit tapi bukankah kita yakin bahawa esoknya akan terang balik bukan? Macam itu juga kehidupan. Kita melihat kehidupan ini sebagai permainan tetapi kehidupan kita adalah ibaratkan fenomena berlakunya siang dan malam. Cahaya tak semestinya berpanjangan, kadangkala hujan, mendung dan salji. Malam tak juga berpanjangan, kerana siang akan muncul pada esok pagi. Kenapa kita harus fikir selamanya hidup kita dalam kesusahan? Kenapa kita harus berfikiran negatif kerana cahaya itu adalah positif ( Jangan cakap cahaya sinaran mentari ada UV bagai, aku lempang kang ).
So renungkan apa yang saya share, terima kasih guys.