Kenaikan Harga Minyak
Oh well, harga minyak naik lagi, rasanya hampir setiap bulan kita dihidangkan dengan berita penghapusan subsidi, kenaikan harga tol ataupun kenaikan harga minyak. Even harga makanan pun sekarang agak mahal. Tetapi bila berita ini dihidangkan, of course ada someone akan kata :
Harga minyak naik semua nak complain tapi boleh je beli IPhone 7 sampai beratur panjang!
Biasanya yang cakap ini maybe budak yang memang tak guna pun minyak, sebab dia budak sekolah maybe. Yang beratur beli Iphone uh berapa je orang? 100-1000 orang maybe. Yang mengunakan minyak atau membeli petrol tiap hari uh berapa pula belas atau puluh ribu orang. Dan dalam ribuan orang uh, tak semuanya senang. Ada yang kena kira duit syiling nak isi minyak semata-mata nak pergi hospital untuk check up. Sometime orang tweet just nak jadi tweetfamous without thinking it carefully.
Yes, maybe kita terlampau selesa sebab kita takpernah rasa erti kepayahan uh macammana. Ada yang complain taknak pergi sekolah dengan kancil walhal ada budak umur 4 tahun bonceng dengan mak dia hantar pergi sekolah dan ada budak umur 2 tahun dalam bakul. Seandainya kalau dia terlepas tangan dia daripada memeluk mak dia atas motor uh? Maybe dia boleh hilang nyawa. Siapa tak sayang anak? Maybe itu je pilihan mak dia ada sebab kepayahan dari segi ekonomi keluarga dia. Kalau ada choice yang lebih selamat, maybe dia takkan bawa anak dia ke sekolah dengan motor.
Hidup ini tak macam drama TV3 pukul 7 dimana semua boleh jadi CEO syarikat keuntungan juta-juta. Masyarakat kita terdiri daripada beberapa jenis golongan. Jangan jadi terlalu rendah sangat IQ untuk keluarkan that statement. Kita maybe terlampau taksub dengan kahwin muda, relationship goals, and even dream that our boyfriend will buy us a lot of makeup. Tapi perlu ke? Perlu ke taksub sangat dengan benda uh semua? Kebahagiaan bukan berdasarkan kekayaan tetapi how much we spend our life with beautiful memories.
Betul, kahwin muda itu lebih baik tapi bukan untuk semua orang. Ada je orang yangmemilih untuk sambung study, ada orang cuba untuk terokai bidang perniagaan dan ada je jodoh belum sampai. Kita taktau what will happen on our future but still kena tetap yakin that our choices adalah terbaik untuk kita. Senang cerita, cara kita fikir tak mungkin sama dengan apa yang orang lain fikir.