I Lost My IC

3:15 PG 0 Comments A+ a-

Hmm, hilang IC semasa buat medical check up dekat klinik. I don't know sama ada tercicir atau tersorok dekat mana tapi cari demi cari tapi still tak jumpa so memang kena buat yang barulah kan kat JPN. Tapi sekarang ni mengikut prosedur baru, bermula daripada Oktober 2015, caj denda akan bertambah.
Untuk kehilangan yang kali pertama, anda akan dikenakan sebanyak RM110.00
Untuk kehilangan yang kali kedua, anda akan dikenakan sebanyak RM310.00
Untuk kehilangan yang kali ketiga, anda akan kena bayar RM1010.00 dan JPN akan siasat why anda boleh kehilangan IC
**RM 10.00 untuk charge buat IC baru
So, masa tu Fira pilih untuk pergi ke JPN Putrajaya since Fira pun belajar kat sana with my Dad. Yelah, anak manja ayahkan. Kiranya Fira baru hilang IC untuk kali yang pertama, so kenalah bayar RM110.00 dan tangkap gambar semua sekali. Cantik gak design dalam bangunan JPN Putrajaya. So Fira kena tunggu 2 jam untuk IC Fira siap. Well, teknologi masa kinikan lebih pantas dan laju so kerajaan kita juga tidak ketinggalan.

Nak tahu lebih lanjut tentang prosedur baru?
PUTRAJAYA – Kadar fi atau denda bagi penggantian MyKad yang hilang akibat kecuaian akan dinaikkan bermula 15 Oktober ini, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kanan (Dasar Keselamatan) Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Adenan Ab. Rahman.
Beliau berkata, fi bagi kehilangan kali pertama kekal pada kadar RM100 manakala kehilangan kali kedua dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 dan bagi kehilangan kali ketiga dan seterusnya dinaikkan daripada RM300 kepada RM1,000.
Bagaimanapun katanya, pengecualian kadar fi diberikan kepada orang kelainan upaya, fakir miskin, warga emas berumur 60 tahun ke atas, mangsa bencana, kes jenayah se­perti kecurian, samun dan ragut serta remaja warganegara Malaysia berusia bawah 18 tahun.
“Kenaikan fi itu adalah sebahagian daripada penambahbaikan prosedur penggantian MyKad berikutan rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menunjukkan kadar kehilangan MyKad akibat kecuaian dari 2010 hingga September 2015 adalah 1,356,135 kes.
“Kaedah pelaksanaan penambahbaikan prosedur ini tidak akan mengambil kira sejarah kehilangan kad pengenalan sebelum ini dan kadar fi baharu hanya akan bermula pada tarikh kuat kuasa prosedur ini," katanya dalam kenyataan di sini semalam.
So lepas ni, jagalah IC korang tu baik-baik ye. Pesanan ini juga untuk diri Fira juga =)